Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Yang ke-261 hari kedua
23 Februari 2022
2 Syaaban 1444H
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah mencemar duli hadir ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Yang ke-261 hari kedua di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Turut sama hadir TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka diiringi YAB Datuk Seri Utama (Dr.) Sulaiman bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-261 ini.
Mesyuarat MRR kali ini telah dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan turut dihadiri oleh Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri serta YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim.
Majlis disusuli Majlis Santapan Tengahari Sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-261 dengan kehadiran KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta DYMM Sultanah-Sultanah juga Isteri Yang di-Pertua – Yang di-Pertua Negeri dan isteri YAB Perdana Menteri.
- Published in Arkib Berita, Berita
Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-261 hari pertama
22 Februari 2022
1 Syaaban 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-261 hari pertama di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Yang ke-261 ini.
TYT Tun Seri Setia telah diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md Ali, Ketua Menteri Melaka ke mesyuarat tersebut.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Perasmian Abu Hubayb Learning Center (AHLC)
18 Februari 2023
27 Rejab 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Abu Hubayb Learning Center (AHLC) di Sungai Putat, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB. Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri, Ahli Dewan Negara dan Ustaz Haji Mohd Najib Khasim, Pengerusi Abu Hubayb Learning Center (AHLC).
AHLC diasaskan bertujuan untuk menjadi “Pusat Pengajian Sepanjang Hayat” untuk semua peringkat umur tanpa mengira latar belakang pendidikan. Matlamat utamanya adalah ingin menjadikan penubuhan AHLC ini sebagai wadah penyebaran ilmu duniawi dan ukhrawi melalui kelas-kelas pengajian yang diadakan seta aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Makan Malam sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-63, Maharaja Jepun
15 Februari 2023
24 Rejab 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Makan Malam sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran ke-63, Maharaja Jepun yang diadakan di JW Marriot Hotel, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Turut mencemar duli berangkat hadir ke majlis tersebut ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Maimunah Iskandariah Binti Al-Marhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Ketibaan SPB Raja Permaisuri Agong dan TYT Tun Seri Setia telah disambut oleh TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun ke Malaysia dan Madam Takahashi Mami, isteri beliau.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang Menteri Kabinet, Duta-Duta Besar, Pesuruhjaya Tinggi serta tokoh-tokoh korporat
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
PERTANDINGAN PIDATO RUKUN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN PIALA PUSINGAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA 2023
PERTANDINGAN PIDATO RUKUN NEGARA PERINGKAT KEBANGSAAN PIALA PUSINGAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DI-PERTUA NEGERI MELAKA 2023
Pertandingan ini adalah anjuran Pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka bersama Kerajaan Negeri Melaka, dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara.
Pertandingan ini diadakan demi menyuburkan semangat patriotisme dan cintakan Negeri berasaskan prinsip Rukun Negara.
5 kategori yang dipertandingkan:
1. Kategori Sekolah Rendah (Bergandingan)
2. Kategori Sekolah Menengah (Bergandingan)
3. Kategori Institusi Pengajian Tinggi
4. Kategori Bukan Melayu
5. Kategori Awam
Kepada yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mengimbas Kod QR yang tertera di poster pertandingan atau dengan melayari laman sesawang rasmi untuk mengetahui syarat-syarat Pertandingan Pidato Rukun Negara Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka 2023.
✅📝 Pendaftaran akan dibuka dari 15 Mei 2012 sehingga 28 Julai 2023.
Apa tunggu lagi, ayuh semarakkan dan tunjukkan semangat patriotisme anda kepada negeri dan negara.
Pautan Pendaftaran : 👇👇👇
https://pidatotyt.melaka.gov.my/index.php/pendaftaran
https://pidatotyt.melaka.gov.my/index.php/pendaftaran
https://pidatotyt.melaka.gov.my/index.php/pendaftaran
- Published in Pengumuman
Briskwalk bersama warga dan para pelajar UNIMEL
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Makan Malam Ukiran Budi Sulaman Kasih sempena Merintis 100 Tahun Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YB Tuan Adli bin Zahari, Ahli Parlimen Alor Gajah di Istana Melaka, Bukit Beruang
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat mengenai projek Sinarmas land -BSD city (Bumi Serpong Damai) di Tengarang, Jakarta
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Anugerah World MuslimPreneur Awards di The St. Regis Hotel, Kuala Lumpur.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti