Pertandingan akhir antara Tampoi FC menentang MBMB Warriors FC bagi merebut Piala Governor Cup Melaka 2022 julung kalinya yang berlangsung di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal Melaka
Wednesday, 25 January 2023
25 Januari 2023
3 Rejab 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan pertandingan akhir antara Tampoi FC menentang MBMB Warriors FC bagi merebut Piala Governor Cup Melaka 2022 julung kalinya yang berlangsung di Stadium Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Durian Tunggal Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka; YB. VP Shanmugam a/l V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Melaka; YBrs. Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin, Naib Canselor UTeM; YBhg. Prof. Ir. Dr. Ghazali bin Omar, Timbalan Naib Canselor UTeM; YBhg. Datuk Wira Sazali Muhd Din, Ketua Pegawai Eksekutif, UTeM Holdings dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka.
Tahniah Pasukan MBMB Warriors FC mencipta kejuaraan sempena Governor Cup Melaka 2022.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Solat Jumaat di Masjid Al-Abrar, Jalan Tambak Bugis, Balik Bukit, Bukit Lintang, Melaka
Friday, 20 January 2023
20 Januari 2023
27 Jamaldilakhir 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Abrar, Jalan Tambak Bugis, Balik Bukit, Bukit Lintang, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia telah disambut oleh YB. Datuk Rahmad bin Mariman, EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir Negeri Melaka dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada YTM Dato’ Lela Maharaja Dato’ Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman, Undang Luak Rembau di Istana Melaka
Wednesday, 18 January 2023
18 Januari 2023
25 Jamaldilakhir 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YTM Dato’ Lela Maharaja Dato’ Haji Muhamad Sharip bin Haji Othman, Undang Luak Rembau di Istana Melaka.
Turut hadir YM Dato’ Lela Bongsu, Haji Muhamad Fairuz bin YTM Dato’ Haji Muhamad Sharip; YM Dato’ Lela Putera, Dato’ Kamarul Nizam bin YTM Dato’ Haji Muhamad Sharip; YM Dato’ Lela Paduka, Dato’ Kamarul Halim bin YTM Dato’ Haji Muhamad Sharip dan YM Dato’ Lela Pahlawan, Dato’ Zulkarnain Shah bin YTM Dato’ Haji Muhamad Sharip.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
Wednesday, 18 January 2023
18 Januari 2023
25 Jamaldilakhir 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka dan YB. Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat YBhg. Datin Hajah Khatizah Polo, Pengerusi Lembaga Pelawat, Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya, Daerah Sandakan, Sabah
Tuesday, 17 January 2023
17 Januari 2023
24 Jamaldilakhir 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YBhg. Datin Hajah Khatizah Polo, Pengerusi Lembaga Pelawat, Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya, Daerah Sandakan, Sabah.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada Encik Mohd Asri bin Haji Ninggal, Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka
Monday, 16 January 2023
16 Januari 2023
23 Jamaldilakhir 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Encik Mohd Asri bin Haji Ninggal, Pengarah Majlis Sukan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
UTeM Eco Fit Brisk Walk bersama Warga UTeM di Kampus UTeM, Durian Tunggal, Melaka
Sunday, 15 January 2023
15 Januari 2023
22 Jamaldilakhir 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyertai acara UTeM Eco Fit Brisk Walk bersama Warga UTeM di Kampus UTeM, Durian Tunggal, Melaka.
Acara ini dianjurkan oleh Pusat Sukan UTeM dengan kerjasama Kelab Larian & Orienteering UTeM (UROC) melibatkan perjalanan hampir 10km yang telah disertai kira-kira 1000 warga UTeM melibatkan Pengurusan Tertinggi, Kakitangan dan Pelajar.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat YB. Bapak Hamka Hendra Noer, Gubernur Gorontalo, Indonesia di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka
Saturday, 14 January 2023
14 Januari 2023
21 Jamaldilakhir 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YB. Bapak Hamka Hendra Noer, Gubernur Gorontalo, Indonesia di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Kunjungan Hormat daripada Yang Arif Tuan Mohd Radzi bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi 2 Melaka di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka
Thursday, 12 January 2023
12 Januari 2023
19 Jamaldilakhir 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Yang Arif Tuan Mohd Radzi bin Abdul Hamid, Hakim Mahkamah Tinggi 2 Melaka di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka.
Turut hadir Yang Arif Datuk Anselm Charles Fernandis, Hakim Mahkamah Tinggi 1 Melaka. Yang Arif Tuan Mohd Radzi bin Abdul Hamid telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi 2 menggantikan Yang Arif Puan Maidzuara Binti Mohammed, Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka
Tuesday, 10 January 2023
10 Januari 2023
17 Jamaldilakhir 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan di Dewan Seri Utama, Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Antara pelunas zakat perniagaan agensi korporat ialah daripada Lembaga Jurukur Tanah Malaysia; Bank Simpanan Nasional; Fazil Group; Affin Islamic Bank Berhad; Yayasan Melaka; Tenaga Nasional Berhad; Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka; Syarikat Air Melaka Berhad; Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd; Bank Pembangunan Malaysia Berhad; Melaka Ict Holdings Sdn Bhd; Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad; QSR Brands Holdings (M) Berhad; Perbadanan Melaka Holdings Sdn Bhd; IKTBM Group Sdn Bhd dan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad dengan keseluruhan penyerahan Zakat berjumlah RM4,268,911.16.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Zaidi bin Attan, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar; YB. Datuk Haji Md. Rawi, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka; SS Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YB. Datuk Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti